Friday, October 7, 2011

HIBURAN DI MAJLIS PERKAHWINAN

Hiburan-hiburan ringan yg boleh membawa kpd kemeriahan majlis perkahwinan adalah DIBOLEHKAN dalam Islam. ASALKAN TIDAK MELANGGAR BATASAN SYARIAT. Ini ada asasnya di zaman Nabi SAW. Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan hadis Khalid bin Zakuan yg menceritakan Nabi SAW menghadiri satu majlis perkahwinan yg didendangkan lagu-lagu ringan dengan paluan gendang oleh beberapa penghibur dari kalangan 'juwariyat'. Malah dalam satu riwayat lain dalam sahih Bukhari juga Nabi SAW ketika menghadiri majlis perkahwinan bersama Aishah mencadangkan serangkap lagu untuk didendangkan dalam majlis tersebut.(1) 


Hiburan dan kemeriahan ini termasuk di dalam konsep memasyhurkan dan mengiklankan sebuah pernikahan. Dalam konteks masyarakat hadari hari ini adalah sanggat sesuai hiburan-hiburan seperti alunan nasyid didendangkan di majlis-majlis perkahwinan. Jika mampu bolehlah dijemput kumpulan-kumpulan nasyid dengan pilihan lagu-lagu ringan dan menghiburkan, sesuai dengan kemeriahan dan kegembiraan hari perkahwinan.


(1) Sahih Bukhari dengan syarah Ibn Hajar 9: 225


sumber: "Aku nikah akan dikau"karangan dr engku ahmad zaki