Saturday, January 28, 2012


DOA UNTUK BAKAL IMAMKU :)

Oh Tuhan, seandainya telah Kau catatkan
Dia milikku, tercipta untuk diriku
Satukanlah hatinya dengan hatiku
Titipkanlah kebahagiaan

Ya Allah, ku mohon
Apa yang telah Kau takdirkan
Ku harap dia adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau tahu segala isi hatiku
Pelihara daku dari kemurkaanMu

Ya Tuhanku, yang Maha Pemurah
Beri kekuatan jua harapan
Membina diri yang lesu tak bermaya
Semaikan setulus kasih di jiwa

Ku pasrah kepadaMu
Kurniakanlah aku
Pasangan yang beriman
Bisa menemani aku
Supaya ku dan dia
Dapat melayar bahtera
Ke muara cinta yang Engkau redhai

Ya Tuhanku, yang Maha Pengasih
Engkau sahaja pemeliharaku
Dengarkan rintihan hambaMu ini
Jangan Engkau biarkan ku sendiri

Agarku bisa bahagia
Walau tanpa bersamanya
Gantikanlah yang hilang
Tumbuhkan yang telah patah
Ku inginkan bahagia
Di dunia dan akhirat
PadaMu Tuhan ku mohon segala...

(Doa seorang kekasih,in-team)



Ayuh berselawat...^_^

Apa itu SELAWAT?
--Bahasa: Doa, rahmat daripada Allah,memberi berkat dan ibadah.
--Syarak: Mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.


KELEBIHAN BERSELAWAT
  • Salah satu amalan paling utama
  • Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
  • Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia & akhirat serta syafaat Nabi SAW
  • Menjadi benteng sifat munafik & kafir
  • Selamat daripada huru-hara hari kiamat
  • Menjadi penyebab hajat, doa dan amaln baik diterima Allah
  • Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
  • Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah
  • Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak
  • Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan 


Hadis kelebihan selawat:
  Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat"
(Riwayat Ahmad, al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a.)