--Bahasa: Doa, rahmat daripada Allah,memberi berkat dan ibadah.
--Syarak: Mengakui kerasulan Baginda lalu berdoa agar Allah mengurniakan keutamaan dan kemuliaan ke atas Baginda SAW.
KELEBIHAN BERSELAWAT
- Salah satu amalan paling utama
- Boleh menghapuskan kesalahan dan dosa
- Jaminan untuk mendapat rahmat Allah dunia & akhirat serta syafaat Nabi SAW
- Menjadi benteng sifat munafik & kafir
- Selamat daripada huru-hara hari kiamat
- Menjadi penyebab hajat, doa dan amaln baik diterima Allah
- Tiket untuk mudah memasuki syurga dan terlepas daripada perhisaban yang rumit
- Menggantikan sedekah bagi mereka yang tidak mampu bersedekah
- Dikasihi oleh Nabi SAW dan dapat turut serta mendampingi Baginda di syurga kelak
- Kehidupan di dunia penuh ketenangan dan bahagia manakala di akhirat kelak terlepas daripada segala yang mendukacitakan
Hadis kelebihan selawat:
Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang membacakan satu selawat kepadaku, nescaya Allah akan berselawat padanya sebanyak sepuluh kali, dihapuskan daripadanya sepuluh kesalahan dan diangkat padanya sepuluh darjat"
(Riwayat Ahmad, al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a.)
(Riwayat Ahmad, al-Nasa'i dan al-Hakim daripada Anas r.a.)
No comments:
Post a Comment